SAPS Memang Lembab! Tensionnya.





Apakah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah?:
Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Unit NKRA KPM, ketetapan telah dibuat bahawa semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH seluruh negara perlu mengisi markah ujian dan peperiksaan hanya melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS).


Ini bermakna semua sistem yang digunakan di JPN seperti ISIS akan dimansuhkan. Sehubungan dengan itu, semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH TERMASUK SBP perlu mengisi markah UJIAN BULAN MAC, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN/UJIAN BULAN OGOS DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN di SAPS ini.


SAPS ini  memang teruk. Lambat! Lembab!. Secara purata masa yg digunakan untuk key in markah satu matapelajaran bagi seorang murid ialah sejam. Bayangkan kalau 35 orang murid satu kelas, takkah 35 jam? Mengarut. Itu belum lagi matapelajaran lain, kelas lain. Alahaiii...!


Ramai guru sekolah di sekolah tempat aku mengajar ini mengeluh setiap kali menggunakan sistem ini. Bukan masalah rangkaian kerana rangkaian internet di sekolah ini memang baik. Kemungkinan besar masalahnya berpunca kerana begitu ramai guru online menggunakan sistem ini dalam masa yg sama. Masa aku online, ada lebih 800++ orang guru online di seluruh negara. Atau sistem ini memang bermasalah? Klik sini untuk lebih info:)


Guru2 diberikan masa sehingga 2hb September ini utk key in markah peperiksaan pertengahan tahun 2011, sedangkan guru2 di sekolah tempat aku mengajar ini  baru sahaja dimaklumkan kewajiban menggunakan sistem ini hari ini. Sistem pula lembab. Lambat. Takkah mengarut? Atau JPN lambat menerima khabar berita dari KPM?


Jika sistem ini memang bermasalah harap pihak KPM selesaikan masalah ini dengan segera. Aku sendiri sebagai seorang guru dan insan yg suka menghadap lap top, tiada masalah untuk key in markah pelajar2 aku, cuma janganlah sampai  menunggu berjam2. Siapa yg larat? Banyak lagi kerja hendak dibuat....

 
 
 
 
 
Admin :
SAPS : Masalah dan penyelesaiannya Link ini hanya menjawab masalah penggunaan saja. Bukan penyelesaian kpd masalah 'traffic jam' SAPS.
 




BACAAN POPULAR

Mahalnya Sumbangan PIBG

Suamiku Yang Luar Biasa

Assalamualaikum YB, mana janji manismu?

PPAS - Pusat Asuhan Terbaik:-)

KBAT: Relevankah?