Pesanan Buat Semua Pelajarku





Tika hati sedang marah, mulut boleh melepaskan macam2 perkataan. Aku sayang semua pelajarku...dari A sampai Z. Dari sekolah di awal postingku sampai sekolah sekarang neh. Sayang seorang guru dia akan memberi teguran, nasihat, bimbingan dan apabila sampai tahap bernanah (sebab pelajar buat don know atau kurang ajar) seorang guru boleh marah. Marah dengan bermacam2 cara.

Ketahuilah guru pun manusia biasa. Ada hadnya. Ada hati dan perasaan.

Marah guru tanda sayangkan pelajarnya. Hendak pelajarnya mendengar kata. Hendak pelajarnya berakhlak baik. Hendak pelajarnya berjaya dalam akademik dan hidup di kemudian hari. Entah..sudah berapa ramai pelajar yg menjadi sumpah seranahku (minta maaf banyak2 la ya:). Sungguh aku sedikit pun tidak maksudkannya, moga malaikat tidak mengaminkan sumpahku itu. Mudah2an ALLAH tidak memperkenankannya.


Pesanan buat para pelajarku (bukan semuanya tetapi SPECIAL ditujukan buat mereka yg telah banyak menyusahkan ibu bapa, pelajar2 lain dan guru2nya) :


Walaupun “~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~”

INGATLAHHH...

yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"

... yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang membacakan yaa siin d pusara kamu "ORANG LAIN"

yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"



jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN"...
 
 
Oleh itu, berhati2lah dalam setiap tingkah dan kata:)


Doa cikgu, "Moga anda semua mendapat kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat. Amin."
 
 

Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati