Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Bercuti di Hospital

Imej
Assalamualaikum wbt... Ini kali ketiga si baby boy Izzat menempah percutian di hospital. Kali pertama pakej 2 malam 3 hari di HTAA Kuantan Pahang. Kali kedua pakej 3 malam 4 hari di HTAR Klang Selangor. Kali ketiga (sekarang) juga di HTAR Klang Selangor. Cuma bilik sahaja yang berbeza. Dulu berbintang sikit; kali ini nampak macam kurang bintang. Hihihi Izzat semasa masih di rumah Tidak pasti pakej berapa malam berapa hari kali ini. Harap tidak lama...

Video : Air Mata Di Gaza:'(

Imej
Aku kehilangan kata-kata atas apa yg berlaku pada saudara seagama kita di Palestine. Perasaan bercampur baur. Sayu. Sedih. Marah dan macam2 lagi.  Terlalu banyak kerosakan, penyeksaan dan kehilangan yg terpaksa ditelan oleh penduduk Palestine gara-gara perbuatan tangan kejam zionis Kerajaan HARAM Israel dan sekutu-sekutunya.   Tidak semua peristiwa di sana mampu ditulis dgn kata-kata. Tidak mungkin semuanya dapat dirakamkan dengan kemera. Tidak mungkin...

Al Fatihah Buat Arwah Adikku Rosela

Imej
Tiba-tiba aku terkenangkan arwah adik bongsuku, Rosela (arwah) semasa mengawas SPM awal pagi tadi. Air mataku menitis. Aku menangis... Semenjak aku ada anak-anak kecil, melihat mereka merenggek, menangis; aku kadang-kala digamit kenangan bersama arwah... Ketika itu aku masih belum bersekolah. Umur arwah belum sampai setahun. Tidak banyak kenangan bersama arwah yg boleh aku ingat. Dia belum boleh lagi diajak bermain-main seperti adik beradik yang lain. Dia hanya tahu menyusu, tidur, merenggek, menangis dan menangis. Bila aku terkenang semula aku akan mengalirkan air mata, menangis. Berderai air mataku. Entah apa yg aku kesalkan.