Rabu, 1 Mei 2013

Keretaku Dah Ada DVD;)


Sabtu lepas...balik sahaja dari sekolah ganti, aku terus pergi ke kedai aksesori kereta. Memang dah lama hendak pasang DVD dalam kereta...tapi asyik tungguuuu dulu. Yalah hendak tunggu suami beli MPV...belum juga terbeli. MPV sesuai sikit pasang DVD.....
 
Tetapi bila hendak ada MPV ya...?
 
Akhirnya kerana sayangkan anak2...teringat anak2 yg dah lama mengidam ada DVD dalam kereta...aku pasang juga DVD untuk keretaku yg biasa2 sahaja...iaitu MYvi...;) InshaaAllah dalam perjalanan jauh (juga dekat) bolehlah mereka menonton cerita kartun kegemaran mereka spt Upin Ipin dan Boiboy.


 

Kedai aksesori yg aku tuju terletak di Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam, di belakang 99 Speedmart. Kedai ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera (di Shah Alam ini memang banyak kedai milik bumiputera islam, Alhamdulillah).
 
Pemiliknya pun peramah. Layanannya pun bagus. Harga pun boleh runding...ada tempat solat disediakan. Di kiri kanan kedai ini pun ada restoran yg halal...so, sementera menunggu bolehlah lepak minum di restoran bersebelahan. Aku memilih salon berdekatan untuk 'lepak'. Ada ruang khas untuk muslimah di salon berkenaan. Bolehlah aku cuci rambut &  trim rambut...suka3x.
 
Selepas melepak kira2 sejam...inilah hasilnya. Taraaa...




Disebabkan keretaku biasa2 saja..DVD yg aku pilih pun biasa2 saja. Apa yg penting anak2ku suka...inshaAllah:)


Happy birthday yg ke lima tahun kakak:) Moga membesar dgn sihat dan menjadi anak yg solehah. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...