Kenapa Aku Menjadi Cikgu?


Bismillah....

Gambar hiasan


Setelah hampir 14 tahun jadi cikgu, aku selalu ditanya 2 soalan utama...
"Seronok ke jadi cikgu?"
"Kenapa nak jadi cikgu?"

Soalan di atas nampak mudah. Namun agak sukar juga untuk aku menjawabnya. Soalan2 ini boleh dikategorikan sebagai soalan aras tinggi...:-)

Hanya mereka yg bergelar pendidik yg tahu seronok ke tak seronok jadi cikgu ni.

Seronok ke jadi cikgu?
Aku mula menjadi cikgu seawal umur aku 9 tahun.
Pada umur itu aku telah membaca dengan begitu lancar. Aku juga telah mempunyai tahap keyakinan yg agak tinggi pada waktu itu kerana aku murid nombor 1 dalam kelas.  Mungkin aku ada bakat berlakun. Berlakun menjadi cikgu:-)

Aku mengembangkan bakat menjadi cikgu itu di rumah panjang. Dinding papan nipis berwarna coklat licin di ruang tamu menjadi saksi bakatku ini. Dinding itulah yg menjadi papan tulis. Kapur tulis 'dicuri' daripada sekolah...(tolong halalkan ya cikgu2 smk lubok tekurok limbang sarawak. Mudah2an cukai2 yg aku dah bayar boleh menebusnya...hehehe. inshaAllah)

Adik2 junior, abang2 dan kakak2 senior rumah panjang yg masih merangkak-rangkak membaca menawarkan diri menjadi muridku. Dua minggu pertama antara 4 hingga 5 orang. Selepas itu bilangan murid bertambah menjadi 10 hingga 15 orang. Aku hanya mengajar asas membaca dan asas mengira saja. Tak terror mana pun....

Kelas diadakan hanya hari sabtu, ahad dan cuti sekolah saja. Kadang2 ada hari aku malas, maka no class. Kadang2 ada hari aku rajin dan seronok, bolehlah buat kelas. Sekolah aku. Kelas aku. Free lagi.. Jadi sesuka hati akulah bila nak buat kelas. Lagipun mereka tak pernah merunggut. Cuma bertanya kadang2, "ada kelas ke hari ini?"

Kawan2 sekampung tidak pula memanggil aku cikgu. Aku pula jenis tak kisah. Ibu bapa mereka yg memanggil aku cikgu. Rasa seronok pula masa tu. Rasa bangga pun ada. Rasa dihargai. Itu yg penting. Tapi apa yg penting, dapat menolong orang lain. Part ini yg paling seronok.

Seronok dapat menolong orang lain dengan cara ini...


Apabila memasuki alam sekolah menengah, aku mula merasakan kerja menjadi cikgu dah tak seronok. Seorang adik aku masih kurang lancar membaca meskipun sudah memasuki alam sekolah menengah. Dia boleh dikategorikan sebagai murid bermasalah pembelajaran pada masa itu. Entahlah...sehinggakan ada seorang cikgu bertanya ,"Gloria, awak tak ajar ke adik awak tu?". Wow! Ini memang soalan berani mati...(aku masih ingat siapa gerangan cikgu yg bertanya ini)

Aku akui, aku tidak banyak menyumbang ke arah pembelajaran adik aku seorang ini...(banyak sangat faktor yg belum boleh diceritakan di sini).  
Tugas mengajar adik aku seorang ni aku serahkan kepada adik bongsuku yg sangat pandai membaca. Dia boleh dikategorikan sebagai murid pintar semasa sekolah rendah. Dia kelihatan mengajar dengan lebih sabar.

Semasa awal sekolah menengah, aku sendiri kurang pasti apa cita2ku. Apa yg aku tahu, aku mesti belajar bersungguh2 dan lulus semua mata pelajaran untuk mengembirakan hati indai (ibu). Aku suka melihat indai tersenyum setiap kali namaku dipanggil ke pentas...

Semasa sekolah menengah atas seterusnya tingkatan 6, aku melihat kerja cikgu ini sangat mulia, tetapi sangat tidak menyeronokkan. Begitu ramai murid2 nakal dan  hampir setiap hari cikgu2 berleter. Kasihan cikgu2....

Aku mula berangan-angan hendak menjadi pakar arkeologi. Aku sangat meminati mata pelajaran sejarah pada masa itu. Setiap kali ujian, A+  memang dalam tangan (Alhamdulillah)

Namun sayang seribu kali  sayang aku bukan budak sains.
Aku budak ekonomi. Apa boleh buat. Tiada aliran sains ditawarkan di sekolah menengah tempat aku belajar pada masa itu. Aku sangat naif pada masa itu. Tidak tahu opsyen lain.

Apabila keputusan STPM keluar, aku memilih pengurusan perniagaan sebagai pilihan pertama UPU.

Aku masih ingat lagi aku bertanya kepada seorang rakan (yg amat memainkan peranan 'menggalakkan' aku mengambil kursus pengurusan perniagaan ini)
"Kenapa saya mesti mengambil kursus ini? Saya tak minat bisnes. Saya minat sejarah..."

Soalan itu habis di situ saja. Tinggal soalan dan penyataan yg tidak bermakna apa2. Hishishis...sedihhh.

Jadi, atas dasar boleh 'study together -gether', aku ikut 'nasihat' rakanku ini. Aku memang sangat naif. Atau mungkin kurang pendirian pada masa itu. Masa tu, mana ada smart phone. Mana ada facebook. Mana ada internet untuk 'bertanya' pada mr google.

Tamat belajar, aku balik kampung menjadi guru sandaran. Akhirnya menjadi cikgu tetap dan berpencen sampai sekarang. Alhamdulillah....


Begitulah ceritaku.....harap anda terhibur.


Terima kasih kerana membaca entri ini:-)



BACAAN POPULAR

Mahalnya Sumbangan PIBG

Suamiku Yang Luar Biasa

Assalamualaikum YB, mana janji manismu?

PPAS - Pusat Asuhan Terbaik:-)

KBAT: Relevankah?