Panduan Menyiapkan Tugasan PT3 SEJARAH 2015


Bismillah....

Tugasan PT3 Sejarah adalah berdasarkan dokumen Persetiaan Persekutuan 1895

Tugasan mestilah mengandungi beberapa perkara seperti di bawah:

1.  Tajuk kajian
2.  Nama penulis
    
3. Kandungan
  •      Pengenalan- menjelaskan latarbelakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian         secara umum
  •       Menjelaskan faktor pemeteraian persetiaan persekutuan 1895
  •       Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian terhadap negeri-negeri melayu
  •       Menghubungkait pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
  •       Rumusan 
  •       Sumber rujukan

Nasihat saya kepada murid-murid...
Sebelum membuat penulisan sepenuhnya,  anda diminta membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk di atas. Rujukan boleh dibuat di laman web, buku teks tingkatan 2 dan 6 dan buku rujukan berkaitan.

Berikut tugasan yang perlu disiapkan untuk  PT3 Sejarah anda:

1.      Perancangan (8 markah)
a.       Contoh Jadual kerja/ senarai semak ( sesuaikan dengan tarikh sekolah anda )

Bil
Tarikh
Aktiviti
Catatan
1
25/6/2015
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan penulisan tugasan
2
26/6/2015
Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai persediaan awal
3
Mengenalpasti cara penulisan tugasan
4
Menentukan tajuk penulisan
5
Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan bahan penulisan
6
Menulis kerangka awal tugasan
7
Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru dengan lebih teliti dan kemas
8
Menulis pengenalan
9
Menulis faktor
10
Menulis kesan
11
Menulis perkaitan
12
Membuat rumusan
13
10/7/15
Mengemas kini tugasan
14
10/7/15
Menyemak tugasan
15
10/7/15
Menghantar tugasan

b.      Objektif kajian ( sebagai contoh sahaja )
        I.     Mengenalpasti isu-isu berkaitan dengan Persetiaan Persekutuan 1895
      II.     Mengenalpasti faktor yang menyebabkan berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
    III.     Menghuraikan perkaitan Persetiaan Persekutuan 1895 dengan sejarah negara pada masa kini.

c.       Kaedah kajian ( boleh dihuraikan  lagi )
        I.      Membaca akhbar tempatan dan online
      II.       Merujuk buku teks Sejarah Tingkatan 2 ( muka surat 46 ) atau buku rujukan yang sesuai
    III.        Melayari internet untuk merujuk bahan berkaitan dengan tajuk tugasan

d.      Tajuk :
Persetiaan Persekutuan 1895 ( mungkin boleh tambah yang lebih baik  seperti Kedaulatan Malaysia berteraskan Persetiaan Persekutuan 1895 )

2.      Proses awal (10 markah)

Contoh rangka proses awal. 
Murid mesti menulis maklumat yang tepat dan sesuai 
dengan tugasan dari pelbagai sumber 

3. Kerangka Kasar Penulisan (10 markah)
Menyediakan kerangka kasar penulisan yang mengandungi perkara-perkara berikut:

a.       Tajuk : Persetiaan Persekutuan 1895
b.       Nama penulis ; nama murid
c.       Pengenalan
      (huraikan  latar belakang bagaimana persetiaan Persekutuan boleh ditandatangani/ siapa yang             terlibat secara langsung )

d.    Faktor pemeteraian persetiaan persekutuan
        I.            Krisis kewangan Pahang ( huraikan sikit )
       II.            Perkongsian perkhidmatan pakar ( huraikan sikit )
      III.            Kemajuan sistem perhubungan ( huraikan sikit )
      IV.            Faktor keselamatan ( huraikan sikit )

e.      Kesan persetiaan persekutuan terhadap negeri melayu
        I.           Kuasa pentadbiran dipegang oleh residen ( huraikan sikit )
       II.           Penubuhan jabatan baru ( huraikan sikit )
      III.          Kemerosotan kuasa sultan dan majlis mesyuarat negeri ( huraikan sikit )

f.   Perkaitan pembentukan persekutuan dengan kedaulatan malaysia
        I.           Kejayaan dalam sistem pemerintahan iaitu dengan mencontohi sistem birokrasi barat
       II.           Kejayaan dalam pembangunan ekonomi
      III.           Peningkatan kemudahan asas dan kemudahan sosial

g.    Rumusan – pengetahuan/ nilai/ unsur patriotisme/ harapan

h.    Rujukan ( sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan)

Contoh penulisan sumber rujukan yang lengkap:
1. Internet

2. buku teks
Masariah binti Mispari , Johara binti Abdul Wahab, Ridzuan bin Hasan , 2007, Buku teks Sejarah Tingaktan 2, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

3. akhbar online
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm


Contoh kerangka kasar penulisan.
 Murid mesti memberikan maklumat yang lengkap, 
tepat dan realistik dengan tugasan.


4. Laporan akhir (70 markah)
Laporan akhir tugasan sejarah dibuat dengan menulis esei di sekolah semasa di dalam kelas. Penulisan esei berpandukan kerangka kasar yang telah dibuat oleh murid. Markah penuh untuk esei (termasuk penulisan sumber rujukan yang lengkap) ialah 70 markah.

Markah tambahan sebanyak 2 markah akan diberikan untuk penulisan tugasan yang kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis.


Jadi markah keseluruhan ialah 100 markah.


Oleh itu murid-murid, amat mudah untuk lulus PT3 Sejarah ini. Buat tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Itu saja. Mudahkan?  


Keputusan di tangan anda. 




Rujukan : Cikgu Razak


Ulasan

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK