Sabtu, 30 April 2016

Hati Yang Khusyuk?

Bismillah...

Ini kali kedua aku balik kampung selepas kembali kepada Islam. Kali ini aku balik melalui Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Ramai kaum kerabat tinggal dan mencari rezeki di sini.

Aku transit di rumah ibu saudaraku (adik kepada ibuku) di Kem Polis Jalan Mata-mata Gadong.

Sejak zaman sekolah menengah aku memang selalu ke sini. Setiap kali ke Brunei, mesti singgah di sini.

Mereka bukan islam tetapi telah biasa bergaul dengan orang islam di negara ini.

"Antie, saya hendak tumpang solat"
"Oh. Tapi tiada sejadah di sini"
"Tak apa. Pinjamkan saya kain sarung yang bersih."

Mak cikku membenarkan aku solat di bilik anaknya (merangkap sepupu aku). Alhamdulillah...

Dia juga meminjamkan aku selipar untuk alas kaki selepas mengambil wuduk.

Aku tenggelam dalam solat asarku. Di rumah mak cikku yang bukan islam.

Sebalik selesai memberi salam pertama...
Dum!Dum!Dum!
Telingaku dapat mendengar bunyi muzik yang sangat kuat dari ruang tamu.

Aku melihat sepupu lelakinya mengoyang-goyangkan kepalanya mengikut rentak muzik.
"Bisingnya..."
"Apa?!"
"Muzik awak bising sangat. Macam nak pecah gegendang telinga" aku bersuara kuat; seperti separuh menjerit.
"Ohh..." dia memperlahankan volume muziknya.
"Sejak bila awak on muzik ini?"
"Sejak tadi. Dah habis satu lagu"

Apa?
SubhanaAllah!
Aku tidak mendengar apa-apa bunyi pun semasa solatku tadi. Yang aku dengar cuma bunyi bacaan dalam solatku.

MasyaAllah. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kepadaku nikmat khusyuk dalam solat. Sehingga seolah-olah seluruh alam ini terhenti. Tiada pergerakan. Tiada suara. Hanya aku sedang rukuk dan sujud kepada Pencipta.

SubhanaAllah...

Ini kisah benar lebih kurang 20 tahun yang lepas. Kisah ajaib di awal islamku.

Aku merindui saat betapa 'tidak selesanya' aku solat. Tiada sejadah. Tiada telekung. Hanya kain sarung. Bukan di surau. Bukan di masjid...tetapi di rumah saudara maraku yang bukan islam ketika aku singgah melawat mereka, juga di tingkat atas rumah panjang ibuku; pernah juga di tepi jalan dan menumpang rumah orang kerana risau terlepas waktu solat.

Solatku sentiasa ditemani tangisan dan diakhiri oleh doa yang panjang; doa daripada hati yang penuh pengharapan pada Penciptanya.

Pesananku (juga buat diriku yang kerdil ini)..
Jangan terlalu inginkan 'keselesaan' apabila hendak solat. Solat itu bukan persoalan tempat yang bersih sahaja; tetapi hati yang bersih. Bersediakah hati kita untuk berbicara kepada ILAHI?



p/s :Alhamdulillah kini mak cikku dan kesemua anaknya (4 orang) telah kembali kepada agama fitrah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...